ISLAM ITU INDAH

Mari kita kenali Islam

Rabu, 23 Mac 2011

Tazkirah

Sabda Rasulullah S.A.W : Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (3 golongan yang tersebut) dan janganlah kamu menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
                                                                                                                          - Riwayat al-Bazzar

Rabu, 9 Mac 2011

Selamat Datang Ke Blog Panitia Tasawwur Islam SMK Kuala Nerang

Assalamualaikum w.b.t,
 Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi membuka dan membaca pengisian blog Panitia Tasawwur Islam SMK Kuala Nerang. Blog ini diwujudkan selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti guru-guru Malaysia dengan kelengkapan multimedia. Terima kasih diucapkan kepada guru bestari SMKKN, Puan Fuzainah Tahyuddin dan Encik Rozaiman Rahman di atas tunjuk ajar mereka dengan mengadakan kursus membina blog kepada warga guru SMKKN pada 21 Februari 2011 yang lepas. Semoga ilmu yang diberikan tadi dapat dimanfaatkan oleh pihak panitia untuk membina blog dan dalam masa yang sama, membina ruang dakwah dan P&P menerusi internet.